♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 15 Disember 2012

Home » , , , » iSTiMEWANYA 1 Safar 1434H

iSTiMEWANYA 1 Safar 1434H

   


Ramai Yang Bangga Melahirkan Anak Pada 12/12/12. Liputan Meluas Diberikan Di Dada-Dada Akhbar. Sampaikan Ada Yang Sanggup Melakukan "Operation" Mengeluarkan Baby Pada Tarikh Yang Terjadi 100 Tahun Sekali Itu Mengikut Kalendar Barat. Namun Ramai Yang Lupa Pada Tarikh Dalam Kalendar Islam Pada Hari Ini Iaitu 1/2/34 Hijrah 1 Safar 1434H


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.




Bicara Hati : Moga hati kita sentiasa dilindungi agar tidak mudah kurafat, dalam keadaan yang serba maju ... pelbagai cara juga boleh digunakan untuk menyesatkan hati kita tanpa kita sedar (^___^)v





8 ulasan:

fieda berkata...

moga2 kita tidak tersesat..

wanie amerie berkata...

Amin..mintak dijauhkn dr semua benda2 spt tu..

Nora Karim berkata...

moga kita tak mudah terpengaruh dgn benda2 yang bercanggah dengan Islam... Amin...

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

moge dijauhkan daripada pkare2 kurafat mcmtu, amin

Puan Kutu berkata...

pada sy 12.12.12 is just a number...takde apa yg hebatnya pun..:)

Puan Kutu berkata...

pada sy 12.12.12 is just a number...takde apa yg hebatnya pun..:)

eija_sweetmama berkata...

betul tu minta dijauhkan kita semua dari terpengaruh dgn benda2 khurafhat tanpa kita sedari..

Unknown berkata...

lebih ke barat tak sedar kita pun punya takwin sendiri yg lebih indah tariknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...