♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 13 April 2013

Home » , , , , , , , » Ayam Masak Lada Hitam

Ayam Masak Lada Hitam


Hujung minggu yang mendamaikan, sejuk rasanya hati petang semalam bila balik kerja hubby dah lap kipas angin di ruang tamu dan bilik bacaan hubby buat kerja, sakitt mata oooooo kalau baring pandang kipas berhabuk ni huhuhuhuhu ... nati mintak tolong hubby risau hubby penat.. sudahnya hubby macam paham² jer apa yang ibu rasakan hihihihihi .....

Masak apa hari yer, hujung minggu jarang² sekali kat rumah.... kalau boleh nak masak special sikit.. kalau bolehlah.. tapi dah kalau 3 beranak jer.. yang makan... tak payah special sangatlah ... habiskan stok yang adooo dalam peti ais sudah hihihihihihi...... 

Ini saya nak kongsikan menu petang semalam yang saya masak, sempoi.. super duper... maklumlah hubby kata tak makan lagi, siap² dah dimasakkan nasi.. ayam pun dah siap berendam, tapi tak reti nak mask lauk lah tu.... patutlah bukan main rajin lap kipas.. nak amik hati ibu rupanya.... okk.. ting.. idea super duper.. pantas ayam masak lada hitam sudah... ni pun sebab baru tengok blog kak yatie sinar kehidupan... dan kebetulan bahan² ada kat rumah cuma saya ubah suai ikut bahan yang ada dirumah sahaja.


Kepak Ayam Masak Lada Hitam



Bahan-Bahan
Kepak ayam
Serbuk kunyit
Garam
minyak masak secukupnya
Lada hitam-kisar kasar
2 biji tomato- belah 4
1 labu bawang besar-potong bulat


Bahan HirisBawang besar
Bawang putih
Halia


Bahan Sos
Kicap manis
Sos lada hitam
1/2 cawan air


Cara Menyediakannya.
Kepak Ayam di bersihkan dan gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
Masukkan lada hitam kasar.
Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu dan sikit kiub ayam knoss.




Resepi Asal : Klik Sini 




Super duper senangkan idea ni... hujung minggu macam ni pun boleh masak, budak² pun suka tau.. sebab ala² macam masak kicap gitu, tapi.. amir dah kenyang dia takmmoo makan.. masa saya masak semalam jadi.. tak salahlah ibu letak lada hitam lebih.. memang sedappp....






Bicara Hati : ikutkan hati nak bakar kepak ayam macam ala² kenny rogers gitu guna pemangang ajaib, mesti ajaib rasanyakan.. kan.... tapi sebab nak cepat tu yang masak macam ni jer... 












16 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Dalam kata nak habiskan stock dalam fridge masih rajin lagi walau yg makan cuma bertiga. Masak lada hitam ni best kakak suka...

CtAyue berkata...

sedap jugak tgk..simple jer.. alaa nk buat tp umah takde stok sos lada hitam pulak..hehe

Puan Kutu berkata...

sedapnya!hari minggu masak yg special ke tak yg penting makan licin sudah!

sy ni keja.blik tengahri jap lg baru msk.msk simple2 je dah sarat ni en suami asyik kena ngadap kicap ja.haha kesian

Unknown berkata...

KZ dah ke kedai beli bahan nak masak untuk lunch..bawal, sotong, ikan kembung, bendi..hmmm apa resepi yg bagus ya?

lizz berkata...

ermm sedap.....saya hari ni masak bihun sup jer...biler tengok ayam masak lada hitam ni terliur pulak...tak leh jadi ni...

Unknown berkata...

woohhh..sedapnye~
meleleh air liur~

Tie HT berkata...

sedapnya masha..bak sket :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum..nampak menyelerakan hidangan tu.mesti rasanya pun sedapkan.. :)

Amie berkata...

Bertuah dapat suami ringan tulang... alhamdulillah. Hidangan ayam masak lada hitam tu menggoda selera!

nurbijen berkata...

ha ah, menarik dan nampak sedap... nanri ada masa nak cuba jugak :)

ch@ berkata...

Pemanggang tu kira cepat juga masaknya. Uish! Sedap. Kita masak lada hitam tu haaaa perencah maggie, sonang.

haryati berkata...

masak simple2 sudah... asalkan sedap...

Sweetamieda. Blo berkata...

Bertuah dpt suami yg memahami n ringan tulang hihi.sedapnya ayam masak lada hitam tu...

Unknown berkata...

wah ayam kalau masak apa pun sedap...tapi lepas ni,..cuba lah kurangkan makan kepak ayam....ehe... makan bahagian dada lak yer.... ada terbaca,..kita pompuan xelok makan hok kepak tuu...

mama3heroo berkata...

wah,,sedap ni,,dah lme m3h tak masak mcm ni

eija_sweetmama berkata...

kepak ayam masak lada hitam pun sedap :)
tp k.eija jarang buat ayam masak lada hitam, nak senang buat ayam masak kicap je..hhee selalu kalau masak ayam masak kicap pun mmg akan letak lada hitam kasar2 tu jgk bg dia ada rasa pedas2 sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...