♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 16 April 2013

Home » , , , , , » Kepak Ayam Sedap Lagi Ajaib

Kepak Ayam Sedap Lagi Ajaib



Tajuk tak nak kalah hihihihihi ... bukanlah ajaib mana pun resepinya biasa² sahaja, cuma di panggang dengan pemangang ajaib yang baru saya beli daripada langkawi tu sahaja hihihihi... kira merasmikanlah gitu.

Ini Kisah cuti hujung minggu baru² ni.... lepas siap mengemas rumah, tak tahu nak masak apa... jemulah asyik makan nasi sahaja.. lagipun pagi² sarapan hubby dah beli nasi lemak, mujur ada lebih.. makanya amir makan bersuap nasi lemak yang berlebih 3 bungkus ayah beli kunun makan untuk sorang satu... tapi saya kongsi dengan amir sahaja...

Sekadar menghabiskan stok yang mak beri sebenarnya, walaupun saya tahu kepak ayam ni tak elok di amalkan ... sesekali bolehlah kot kan.. kan... lebihan masa buat kenduri hari tu.. boleh tahan banyak jugaklah stok tu bagi kami 3 beranak ni... ;p jenuh jugak nak menghabiskan. Kali pertama masak ayam lada hitam itu pun selepas hampir seminggu ayam dalam peti sejuk, kalau dibiarkan lama takut tak sedaplah pulak rasa ayam tu.


 Kepak ayam yang telah siap di pangang sedapp lagi ajaibb oooooo .. sekejap jer masaknya... nyum²
Resepi biasalah koboi jer.. apa yang ada di dapur
Bawang merah
Bawang putih 
saya tumbuk sahaja kedua dan campurkan kiub ayam bersama sedikit garam, halia habis.. jadi tak letak
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lad hitam tumbuk kasar
Saya gaul semuanya sampai sebati dan perapkan... Lepas 2 Jam baru saya panggang



 Sos pulak saya guna yang ini sahaja, tapi sup krim cendawan jenama maggie ni agak masin berbanding cambells yang pernah saya cuba, tapi layan jugaklah dah itu sahaja yang ada.. saya panaskan dan campur sikit sos lada hitam.

Hasilnya super duper....
seperti gambar dibawah ....
pada yang tak sanggup tengok cepat² klik X kat atas sebelah kanan
kikikikiki ... (^___^)v

v




v



v



v




v




v




v
Ada banyak jugaklah saya masak.. siap pulangkan pinggan mek kikikikiki ...





Bicara Hati : Sesekali hujung minggu dapat masak.. semua nak dicubanya, sekadar menghabiskan stok jer pun... 







22 ulasan:

Tie HT berkata...

dah sedap ajaib pulak tu...mihmih, memang baik punya sedap ni masya :)

mala berkata...

nmpk mcm ayam percik pulak!

nad berkata...

Pergh!!!!

::EIDA:: berkata...

kat rumah ade kepak ayam, nak buat nak buat nak buatttttttttttttt! hihihihi

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Pergghhhh memang magic lah RH nanti akak nak cuba mesti Nabil menjilat jari hehehhe :D

maszull berkata...

assalamualaikum masya...mcm sedap jer boleh try nanti..;)

IntaNBerliaN berkata...

sup krim cendawan tu buat sy tergoda... sy suke cndawan :)

Lynda Che Lah berkata...

lama tak main masak2..nak beli pemanggang ajaib pun tak menyempat lagi :)
Nampak sedap masya :)

Unknown berkata...

nampak sgt menggiurkan~
zura pon teringin jugak nak beli pemanggang ajaib tuh~

lia berkata...

ni mmg magic ni... iskkk iskkk smua ada magic d umah, adakah akan tgoda jugak ni theheheeee

Puan K berkata...

nak tanya... camana awk panggang ye? tutup ke buka? sbb saya penah buat... sudahnya, jadi ayam berkuah.. hehe.. tak jadi ayam panggang... api kuat ke pelahan?

CtAyue berkata...

wah mmemang nampak super duper sedap..mabeles gitu.. pakai oven agak2 menjadi tak?takde pemanggang ajaib lah.,.huhuk

Fiza Rahman berkata...

Alahaiiii...terliur lah plak.

puanstoberi berkata...

sedap napaknya ni..
adehh..seme pun ada pemanggang magic nih.. dia bule pakai atas induction cooker kah???

Puan Kutu berkata...

tgok ayam panggang teringat sos mushroom.dh lama rasa nak buat tp dok malas.kena pending lepas habis pantang nmpknya.haha..

baru rasmi ke pemanggang ajaib tu?sy 4 5 kali dah guna.evcited tu..bakar ikan n ayam.hehe

miss yatie berkata...

eeemmm...sedapnya, tapi sekarang KY tak berapa makan kepak...blh ganti peha ok juga

mamaarifakeemaisy berkata...

Peergggh...tergoda wlu tgk memlm pun.. :-)

Harus coba gak nih, bru skali guna pemanggng ajaib kt umah tu..he...

Elya Roza berkata...

heeeh..krim tu menyelerakan sgt ni... mcm kuah chicken chop..hehe
salam perkenalan:)

Nastyna berkata...

sangat ajaib kepak ayam ni, nak rasa sikit.

Izan Ishak berkata...

sedapnya... tgk pun dah terliur2 ni.

safurara berkata...

wah nmpk sedap.nt boleh try!

eija_sweetmama berkata...

sedapnye kepak ayam siap disirami dgn muchroom soup..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...