♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 2 Jun 2014

Home » , , , , , , , , , , » Aktiviti Hujung Minggu Sepanjang Bulan Mei

Aktiviti Hujung Minggu Sepanjang Bulan Mei



Pfttt dah masuk bulan jun masya oiittt dah kenapa nak mengarang entry masih bulan mei kui kui kui kui ... sajalah nak abadikan kat sini, kalau korang nak tahu rasanya hujung minggu sepanjang bulan mei ni memang tak berehat langsung dibuatnya .. itu yang demam baik .. demam baik .. sampaikan mood nak mengarang entry pun kelaut... 

Dengan kerja kat opis yang memang tak pernahnya nak habis, asal tengahari dapat peluang memang mentidurlah jawabnya ... nak rehatkan mata dan kepala ni.

Mulakan masa awal mei daripada cuti 1 mei lagi sampailah hujung minggu tu anak buah suami kawin, cucu sulung mak mertua kawin.. yeahhh ayong dah kawin dah selamat dah ... alhamdulillah dengan pilihan hatinya sendiri.. moga berkekalan hingga ke hujung nyawa.. aloh² tomeyy² .. gambar² kami memang takdalah weiiiiii .... kehulu kehilir.. ini pun colek daripada gambar fb ayong, kira halal lah eh yong.





Lepas majlis rumah abang ipar, hujung minggu kedua pulak pergi kerumah pengantin lelaki, kami?? tak dapat join .. sibuk mengemas rumah lama .. dah ada penyewa nak masuk.. ishhhlah.. nak tolak rezeki, kalau ikutkan hati memang sayang nak sewakan rumah tu ... banyak sangat kenangannya ... mengimbau sangat² memori berdua²an ngeh .. ngeh .. ngeehhhh ...;p tapi baru 4 bulan kena tinggalkan dah ade anai² camne .. mak kata takda bau orang macam tulah kalau rumah ni .. tu yang hubby kata nak sewakan jugak .. dah kebetulan ada kenalan yang nak menyewa.. memang dia nak sangat rumah .. sewalah.. jangan kata nak beli sudah.







Setel bab rumah, siap kemas... malam tu jumpa bakal penyewa bagi kunci .... setel bab rumah sambung cuti nak ke terengganu ... memang penat mengemas tak hilang lagi .. dah nak berjalan jauh.. sudahnya balik bercuti demam ..... sakit² badan ... bisa².. mata gatal², sampai saya naik cuak kot² suspek denggi ... nanti sambung balik stori mori tu.







Balik daripada terengganu .. penat tak hilang, adik nak buat majlis kesyukuran sikit ... terus setelkan majlis adik pulak .... maklumlah masak adik beradik jer .. kengkunun nak buat sikit².. takda maknanya .. kalau dah dijemputnya kengkawan sekolah achaner tu .. mestilah ramaikan. takpa yang penting menu semuanya habis hahahaha ... (^___^)v







Hahahahaha .. entry sukan ni masih tertangguh lagi .. gambar² dah upload... ni esok paginya hari ahad 18 mei, gigih tak gigihlah nak pergi sukan tadika amir ni ... pertama kali nak jugak merasa kemeriahannya ... amir kata seronok sangat sukan tabika kemas ibu ... lagi best daripada al-hufaz, pulak.. nanti stori mori eh.. kalau ada yang nak baca. tak baca pun takpa ibu amir memang suka nak dedikasikan cerita amir dekat blog.







Ni gambar hujung minggu 24 mei, semua dok pakat pergi stadium .. kami melayankan amir nak makan kfc, kununya nak pujuk hatilah tu tak pergi stadium .. kot pergi pun haru .. selangor kalah .. berbaloi² kita tengok kat tivi je nak oii.... ;p masa ni demam saya baru nak kebah .. itu pun sebab 2 hari berturut² makan sup ketam .. alhamdulillah dah ok.







Ni minggu terakhir bulan mei, teman amir berendam .. haih air masih keruh.. jenuhlah tunggu air nak jernih.. rasanya dah sebulan kot duduk rumah .. air masih keruh .. seyes kami nak rebus air pakai air mineral yang beli jer .... tak lalu kot.. ni pun pasrah basuh hall depan belakang gunakan air ni.. risoookan amir je mandi air keruh takut gatal² badan .... Alhamdulillah .... semalam 1 jun air dah jernih.. akhirnya ... syukur sangat².





Pfttt rasanya inilah bulan yang penuh cabaran dan dugaan di tahun 2014, hari ni dah masuk hari baru, minggu baru, bulan baru ... moga semangat pun baru .. biasanya Jun adalah bulan yang ditunggu² dan detik yang mengembirakan bagi kami sekeluarga.








Bicara Hati : Hari ni ada majlis APC kat ibu pejabat, tahniah buat kawan² yang dapat.



















9 ulasan:

Sal Bee Yah berkata...

wah..busynya..kalau saya mesti dah terbaring je kat rumah.sekarang ni memang musim denggi, kena hati-hati

nad berkata...

xpe bersusah-susah dahulu
pasti bersenang-senang kemudian :)

Ujie Othman berkata...

banyaknya aktiviti! paling best, aktiviti kutip duit sewa..lps ni. :)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Akak baca pun dah terasa kesibukan Masya sepanjang bulan Mei tu .. harap2 bulan Jun semangat balik update entri ye :)

Kakzakie Purvit berkata...

Padat dan penat jadual sepanjang bulan.. tapi semuanya menyeronokkan. Cuma air keruh ajelah yg tak best. Tapi dah ok sekarang kan. alhamdulillah..

LYAfrina berkata...

fuh..padat dgn kenduri kendara..
mmg memenatkan jugak..

QasehnyaRania berkata...

assalam, cik puan yana :)
hihi.
sama la saya pon.. seminggu tak berupdate.. mcm2 xtvt dok ada..

bestnya pergi ganu.. cepat ye up stori..

makan2 mana blh buat sikit2. udoh ramai berkumpul kan. hihi

sukan kemas.. best :D

keruhnya air dalam pool amir tu..

alhamdulillah, berita menggembirakan bila air dah tak keruh kan..

Nora Karim berkata...

Mak ai... biar btul!? Sampai mcm tu sekali keruh air tu...

- AZIE - berkata...

kalo penuh mcm nie aktiviti memg seronok..tp kdg2 penat jgkkan badan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...