♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 5 Januari 2012

Home » , » Makan DURiAN SUNGKAi

Makan DURiAN SUNGKAi

Assalamualaikumm Semua.....

Lepas balik daripada penang hari tu.. dalam perjalanan sebelum sampai ke rumah kami singgah Sungkai dulu.. makan durian dekat rumah kawan adik ipar, tapi sayang kami sampai dah petang sangat maka tak dapatlah nak makan kat tepi sungai dan buah durian pun dah hujung² jadi tak dapatlah nak merasa yang memang fresh baru bukakkan... yang ade buah durian yang dah disimpan dari peti sejuk, tapi... pulasan memang freshhh nyum²...



Hamboi berselera hubby dapat makan durian, hubby memang peminat No.1 durian. Dulu kite pun tak minat nak makan durian sangat kalau abah beli kami makanlah.. kalau tak beli takdelah menangis² nak makan hihihihi... ;p Tapi kalau hubby nampak durian jual kat tepi jalan dah terlajak pun dia sanggup pusing tau hihihihi...

Bile nak balik pulak kami dapat sorang satu tupperware tempoyak tau.. yeahhh.. yang ini saya suke.. hubbylah pulak tak suke makan tempoyak, jadi saya bahagi²lah kat mak,jiran² rumah² dan kawan² opis.. kalau dah satu tupperware besar sape pulak yang nak makan kat rumahkan huhuhuhu.....




 Sebelum masuk semula ke highway dari Sungkai ade orang jual durian pulak, hubby ajak berhenti nak memborong.. korang bayangkan satu bakul besar tu rm40.00 jer.. banyak pulak tu saya rasa lebih 30 biji buah durian dalam tu... Nasib baiklah kereta dah penuh kain baju... kalau tak mesti hubby nak beli satu bakul, sebab tak muat hubby beli separuh jer rm20.00 tu pun letak kat kereta akak ipar.... penuh bonet kereta pesona tu... kesian dema bau durian kereta gara² hubby nak jugak membeli durian tu.. memang keduri durianlah kami masa tu.. dari malam tu.. esok pagi sarapan.. petang sampai kemalam makan durian sampai jemu hahahahaha......

Sebelum memborong tu mereka bagi rasa memang puashati rasa isinya lemak berkrim, petai pun ade jual tau... kami beli petai dengan pulasan juga hihihihi....

Hubby kata lepas ni kalau musim durian dia nak datang sungkai semata² nak beli durian tu hadoiii.. penangan betullah....

psssttt.. psstt.... hari ini ade makan² percuma buah²an tempatan tau dekat opis daripada FAMA termasuklah durian, rambutan, mangis dan lain² kalau hubby tau mesti dia nak datang.. tapi ini untuk kakitangan jer... (^__^)v

2 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

wah.. ni mmg betoi2 minat dgn durian ni.. hihii

QasehnyaRania berkata...

sya bukan peminat droyan sbb nnti leps mkn pening n panas satu badan..
pulasan A1 untuk saya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...