Alhamdulillah dah 10 Ramadhan hari ni, betapa pantasnya masa berlalu sekarang sekelip mata tanpa sedar .... tukang jahit, tukang buat biskut mesti tengah kelangkelibut menyiapkan tempahan kan.....
Oklah hari ni saya nak kongsikan info sikit cara nak menarik perhatian anak supaya berpuasa, dengan erti kata lain cara mudah nak ajar nak belajar berpuasa ... sebab kebanyakkan ibu bapa suke beri ganjaran kalau anak² berjaya puasa dengan penuh tapi jangan lupe pesan kat anak puasa memang wajib dilakukan kalau dah akhil baliq .. janganlah mengharap untuk dapat ganjaran jer.. sebab ganjaran daripada Allah s.w.t adalah yang terbaik (^__^)v
Cara menarik minat anak bersahur / berpuasa :-
- Hidangkan juadah yang panas semasa bersahur untuk membuka selera anak bersahur.
- Masak lebih atau pelbagaikan supaya anak tak jemu.
- Pastikan makan yang ade kuah, mudan dimakan dan makanan yang anak suke masa bersahur.
- Tanya anak sebelum tidur, menu yang anak nak makan masa sahur nanti.
- Elakkan makanan yang dimasak pedas.
- Elakkan makanan yang terlalu berminyak.
- Galakan anak makan buah kurma dan minum air semasa bersahur.
- Elakkan anak yang kecil atau adik beradik yang lain yang bawah umur darinya makan dihadapan mereka.
- Kurangkan menoton televisyen, atau tukar siaran lain kalau ternampak iklan makanan sebab takut mengugat iman anak yang baru nak berpuasa.
Kalau anak suke makan tempe macam anak saya gorenglah tempe hahahahahaha......
tapi anak saya belum puasa lagi baru 4 tahun kan .....
Bicara Hati :
Sumber majalah harmoni 15 - 31 julai 2012
10 ulasan:
isha pun kecik lg, tak fhm pun erti pose tu tp time org sahur, die pun sibuk nak sahur jgk tu..hehe..
tq sharing yer masya..:)
akan guna tips ni thn dpn, masa Amsyar 5 tahun he3
kalau kecik sangat budak biasa memang tak nak pose punyer..
saya suka jgk kn tempe!! nak awet muda konon kikikiki
my tempe juga..hehe
# anak member 6 tahun siap nangis2 lagi bila time nak berbuka..sbbnya mak abah ckp koi 7..maka si anak ni tunggu ler depan jam bila tgk jam 7 tp x boleh bbuka lagi...nangis la...
kene la pujuk pulak ketaman atau mana2 jji tak dok dlm rumah tgk jam..
Kalau yg jenis suka puasa pulak buat kita si ibu takut sebab dia tak kira kesihatan pulak...
Tempe goreng cecah sambal kicap kakak suka tau:)
tips yg bagus ni :-)
mmg kena pandai pujuk anak2 utk berpuasa ni. kena guna psikologi.
bagus info ni..
Zaquan x posa tp bila waktu berbuka dia yg excited mcm org puasa setiap jenis lauk dia amik sikit2 nak rasa...hehe
bila dia tgk kita berbuka puasa beramai2 secara berjemaah itu pun secara x langsung menarik minat dia utk berpuasa gak kan..
Catat Ulasan