Alhamdulillah 30 syaaban hampir melabuhkan tirainya .. insyaallah esok bermulalah 1 Ramadhan, selamat berpuasa pada sahabat² blog saya .. moga ramadhan kali ni penuh erti .. agar dapat di lalui dengan sempurna dan diberkati Amin ...
Tahun ketujuh berpuasa dan raya bersama suami, tahun kelima tidak dapat berpuasa dan beraya bersama arwah adik tapi dapat beraya bersama Amir (di ambil orang yang kami sayangi .. dan dianugerahkan sesuatu yang indah buat kami sekeluarga). Sayu rasa di hati .. bersyukur kehadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur dan diberi peluang menikmati saat indah berpuasa tahun 1433H. Moga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun² yang sebelumnya ....
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Niat puasa harian semasa sahur
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa buka puasa
Insyaallah esok akan bersahur dirumah sendiri bersama hubby buat kali ke 6, ini bererti dah 6 tahun kami duduk dirumah yang hubby beli sekarang tu.. Rasa sangat indah dapat menyediakan hidangan bersama orang yang kite sayang ni (^___^)v. Insyaallah petang sabtu akan berbuka di kampung (kampung dekatkan .. tak payahlah nak terkocoh² balik atau nak elak jem ....
Bicara Hati :
Sarapan terakhir pagi tadi sebelum puasa esok, permintaan amir juga spageti goreng takmoo cili .. hadoilah jgn kata cili sos pun saya tak masukkan tau.. memang selera amir ... siap bekalkan bawak pergi rumah pengasuh. huhuhuhuhuhu... kat opis hari ni ade majlis tahlil dan makan² sooo.. takdelah ibu bawak bekalkan ..;p
20 ulasan:
selamat berpuasa ut seisi keluarga
tiap2 tahun mmg niat puasa sebulan terus sbb takot lupa niat harian...
salam Ramadhan buat Masya sekeluarga...
salam masya..
niat puasa sebulan elok jg bg bdk2 bacakan..senang sbb kadang2 dorang ni lp nak baca mlmnye x pun lps sahur terus je tdo blk..sama2 lah kita ambil keberkatan kedatangan bulan mubarak ini..selamt berpuasa
salam Ramadhan buat masya sekeluarga.
Bersyukur kerana masih sempat melalui Ramadhan bersama yg tersayang.
selamat berpuasa
akak tadi pun dah bersarapan dengan Mr H,....
Salam ramadhan dari akak sekeluarga
salam ramadhan dan maaf andai ada tersalah kata dr akak..
Salam masya.Sealmat menyambut Ramdhan,semoga ibadah kita semakin berganda di bulan yg mulia ini.
InsyaAllah
selamat berpuasa masya..
selamat berpuasa jugak..moga kita diberi kesihatan dan kesejahteraan sepanjang bulan ini untuk menjalani ibadah :)
Selamat menyambut ramadhan al-mubaraq Yana. Maaf dari kakak ye.
selamat berpuasa buat masya sekeluaarga ;)
selamat menyambut Ramadhan..:)
Selamat berpuasa masya.
selamat berpuasa dan menyambut ramadhan... ermmm yummy, dh lama xmakan spaghetti.. :-)
salam ramadhan buat masya n fmily
selamat berpuasa jugak untuk akak sekeluarga...
walaupun dah masuk 2 hari dah pose...
selamat berpuasa ye masya.
selamat berpuasa juga utk yana sekeluarga.amir puasa tak tahun nie?hehe
selamat berpuasa yana ;-)
Catat Ulasan