♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 6 Disember 2012

Home » , , , , » Belimbing

Belimbing

  
Belimbing cicah asam tabur...


Susah nak jumpe pokok ni sekarang, apetah lagi pokok cermai.. memori masa kecik² dulu.. sukelah dok bergayut kat rumah embah (panggilan nenek), kat bawah pokok belimbing ni.... main buaian.. hihihihihi.. buruk nooo lah peragai.. dok bergayut²... dengan sepupu²... kalau hubby nampak.. mesti geleng kepala tak setuju tengok di buat isteri haihhhhh..

Tibe² teringat nak makan buah ni hahahaha... haru betullah, apesal tetiba nak makan bende masam pulak ni.... ni gambar minggu lepas makan kawan beli bawak datang opis (^____^) memang sakanlah kami makan ... dah mengalahkan mak yong ....
 
Belimbing mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia.
  • Mengandungi 90% air, 0.75% protein, 3.5 – 11% gula dan 0.7% serat.
  • Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.
  • Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.
  • Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.
  • Membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

Bonus : Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.
  • Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.
  • Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam. (Wahhhhh ... boleh gunakan cara ini yer..... ) Baru jer cerita pasal makan ubat cacing.
  • Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.
  • Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.
  • Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.
  • Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.

Banyak jugak kelebihannya yer...


Sumber : melayukini.net
 
 
 
 
 
Bicara Hati : Bile perut lapar mulelah merapik nak di makannya... 
 
 
 
 
 
 


14 ulasan:

Izan Ishak berkata...

izan suka belimbing. tapi kalau nak mkn susah juga nak cari nih. kat kedai buah pun kadang2 ada kadang2 takde.

Tie HT berkata...

as salam

belimbing madu cedapp kan :)

Unknown berkata...

huih~ kecur air liur.. hehehe.. kat pasar raya selalu jual buah belimbing nih.. cuma mahal sket~

Salina@IbuAqil berkata...

Uimakkkkkk!!!
Mcm sedap jer..
Tp x leh nk mkn..
Mst gatei lidah..
Hi3!!!!
Sorry lama x menyinggah sini..
Line tenet opis problem kena sekat..
;)

Fiza Rahman berkata...

Sedaplah plak tgk belimbing tu.

Nisah Idham berkata...

nisah jarang mkn yg masam2 ni..
tapi kalau dpt mkn belimbing gan buah cermai, mesti letak serbuk asam byk2 x pun cicah dgn sambal kicap (kicap + gula ) ishhh menitik2 air buah tu :)

umiawadah berkata...

dulu kecik2 jiran umah wan di kg ada pokok belimbing,rajin makan buah dia...sekarang ni agak bertahun2 jugalah tak merasa belimbing...ntah rasa macam tak berapa nak makan...tapi kalau free..laju jer melahap!

insan_marhaen berkata...

makan ngn asam tabur..sedap...

Nora Karim berkata...

adeh... terliur... susah nak cari belimbing sekarang ni... :(

sal ya berkata...

tu la... suka jgk mkn belimbing ni.

puanstoberi berkata...

dlm byk2 buah..buah ni akak tak sker. kenapa tah..padahal dpn umah kat kg ada je tanam..

eija_sweetmama berkata...

suka minum air belimbing..
kalau buah dia kurang sikit nak makan..

LYAfrina berkata...

sedapnyer..lya ska buat jus

fieda berkata...

cair air liur kak fieda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...