♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 23 Februari 2014

Home » , , , , , , , » Pisang Masak Sambal Cili Padi

Pisang Masak Sambal Cili Padi



Sinonimnya nama masakkan ini ialah sambal tumis pisang lemak manis, hah!!!! koooo jangan nak ternganga dengar pulak yer .. hik.. hik.. hik... bukan masak lemak.. baca betul². Kat kampung memang itu namanya, sayakan pengemar pisang lemak manis ni, sebelum ni saya pernah ceritakan yang saya suka kalau pisang mentah ni di masak.. mentah maksudnya dah tua .. tapi tak masak kuning lagi.. bukan mentah yang putik lagi tu yer.. jangan salah paham pulak. :((

Dan kebetulan dah rezeki saya agaknya, lepas buat entry tu tak lama dalam 2 ke 3 hari kat rumah mak adalah pisang ni dah tua.. yahoooooooooooooo bolehlah masak tumis..... Jadi dah alang² tu saya kongsikanlah resepinya dengan kawan² yer.. manalah tahu korang berminat nak mencuba ... tapi kalau kat bandar memang susah nak jumpe pisang ni mentah lagi huhuhuhu ...;p




Bahan²nya mudah sahaja cili padi, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis serta sedikit garam.




Pastikan pisang lemak manis kenalah ada, saya tak pasti pisang lain boleh masak macam ni atau tidak.. saya tak pernah cuba.. yang saya selalu masak tumis cuma pisang lemak manis ni sahaja .. jadi korang jangan derhaka.. guna pisang lain.. lepas tu kata masya yang ajoooo kang masya piattt korang kang .. huhuhuhu ... pepandai derhaka.




Pisang tadi tu kupaskan kulit dia.. siat² macam dalam gambar ni.. 4 biji pisang yang terakhir saya sajalah amik kulit pisang yang saya siat tu.. buat penyeri dalam masakkan hihihihi ... terliur beb.. terliurr .... hahaha ... terliur takpa nampak pisang jangan stim .. haru wehh dengan pisang pun jadi .. dah kenapa kan.




Ok² bahan² tadi cili, bawang dengan ikan bilis tu tumbuk bagi lumat dengan lesung.. kata kat kampung haruslah gunakan lesung barulah mantappp sedappp (^^,) tips kalau nak tumbuk cili bagi tak terpercik korang letakkan sikit garam dalam tu yer.. sepucuk sudu ... nanti selebihnya masa masak kalau tak masin boleh tambah.

Lepas tu dah siap tumbuk panaskan minyak nak tumiskan bahan² ni.. agak² dah garing barulah masukkan pisang tadi (pisang tu jangan lupa basuh dulu.. menjamin kebersihannya) ... gaul²kan sebati.. dengan api perlanhan.. masukkan secawan air .. biarkan pisang empuk.. barulah masukkan gula dan perasa kalau nak, macam saya.. letak gula sikit.. lepas tu kalau kurang garam tambah.. itu jer...





Tarrraaaaaaaa ... hasilnya super duper.. simple.. yang pasti makan dengan nasi baru masak dengan ikan masin pun dah sedapp.. takda ikan masin.. ikan bilis pun sedapppp nyum²... terbaikkkklah .. mantappp....


Selamat Mencuba.



Bicara Hati : Tekak orang kampung macam saya ok jer, tak tahulah korang .. tapi saya tak pernah masak @ makan umbut pisang.. seyes tak pernah.. yang sebenarnya lebih pada tak reti masak... 



14 ulasan:

ieza ashaari berkata...

Pertama kali tgk n dgr resepi ni.bkn ke pusang mentah rsa dia kelat2..huhu..

Liyana Anuar berkata...

tak pernah nampak lagi masakan ni kak..cam menarik je..hehe~

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Yana,k.atie pon xpernah msk tumis pisang camni.Klu masak gulai tu ada lar...pisang tu bkn pisang emas ya?

Nastyna berkata...

saya pun suka pisang masak2 ni, tapi jenis ni tak pernah try lagi. weh umbut pisang msaak gulai daging sedap oooh.

Tie HT berkata...

senang tak payah buh santan,
dapat bayangkan kesedapannya tu :)

LYAfrina berkata...

1st time jumpa menu ni..mcmana rasanyer?/ hrus cuba ni

mamaarifakeemaisy berkata...

Menarik, tp akak kurang sket mkn pisang msk gini..hii..tp batang pisang akak mmg gemar, maklumlah membesar dgn makanan tu, klu kt kedah, asal kenduri je mesti ada gulai cmpur batang pisang.. sedap ooo... :-)

Julia Johari berkata...

Ini baru makanan rasmi org Melayu masya sayang....seronok yer belajar resepi turun temurun nih masya...umi Qi pun kena try cuba...tp kt kl nih cm susah je nak cari pisang lemak manis...takut guna pisang lain x sesedap masya tunjuk hehehhe

- AZIE - berkata...

pertama kli tgk org msk gini..plg suka gulai batang pisang..

Nieyla Nadia berkata...

first time nie nieyl tgk resepi nie...:)

QasehnyaRania berkata...

sy suka pisang yg muda tu. kalau kat kedah cicah dgn sambai blacan mkn dgn ikan tamban dan nasi minyak. kiranya nasi nyorok la

QasehnyaRania berkata...

ada masa pastu kalau jumpa pisang ni boleh la try.rasa rasa mcm ada je dkt chow kit.. rasa rasa la.. tima kaish berkongsi resepi istimewa ni. :D

nurbijen berkata...

saya tak pernah lagi masak pisang mentah atau pun umbut pisang... nampak menarik jugak tu...

Fiza Rahman berkata...

1st time dgr masak mcm ni. Selalu jumpa gulai pisang ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...