KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]
Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....
15 ulasan:
bank dah inform semalam, comfirm hari nie ramai yang menyerang bank sebab nak update dividen...hehehehe...
wah~untung la kan..rezeki tu..:)
wahhh rezeki msyukk tu... alhamdulillah
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/perhatian-kepada-ibubapa-atau-sesiapa.html
alhamdulillah rezeki
buku asb bru ja hilang nk kna buat baru..malasnya nak ke asb..(psssttt...duit pun ada ciputtt jer...)hehehe
tunggu minggu dpn bru update kot hi3
untunglah.. saya tak hidup dah asb.. hehe.. kosong, simpan kat tmpt lain plak :-)
saya dah kuarkan abis, masuk t.haji je. sbb saya ragu2 dgn pelaburannya.
rezeki.. :)
Tinggi juga tu kan. Tahniah lah.
Mesti ramai yg nak update a/c bila dah announce dividen dan bonusnya.
Alhamdulillah
akak ada akaun asb tp tak simpan kat situ
wah best ni... betoi2 rezeki thn baru :)
singgah petang melawat tuan tanah kedaung.. :D
Catat Ulasan