♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 21 Mac 2013

Home » , , , , » Kurangkan Kencing Manis Masa Mengandung

Kurangkan Kencing Manis Masa Mengandung



Puaslah saya dok google sana seni.. mencari resepi yang boleh menurunkan kencing manis masa mengandung. Puncanya bila adik saya kene tahan kad wad sebab kencing manis... capaian ujian darah dia mencecah 13 fuhhhh tinggi tu .. getar bibir nak menyebutnya.. apatah lagi adik saya kan.. sebab tak pernah merasai situasi itu.... jauh sekali duduk kat wad lama²kan.. cian dia sampai cakap.. traumalah nak tidur.. dengar bunyi ambulans... alahai.. sabar yer dik.. dugaan mengandung tu... moga dipermudahkan saat melahirkan nanti...


Peria goreng tepung


Akhirnya terjumpalah satu blog ni kata peria boleh mengurangkan kencing manis ok, saya call mak.. mak pun apa lagi buatkan adik air peria campur epal hijau sikit... saya pulak gorengkan peria katak ni dengan tepung.... kami usaha² jer.. maklumlah bukannya ada kencing manis .. cuma kene masa mengandung ni .. manalah nak ada pengalamankan.. walaupun doktor dah bagi adik diet diabetis tapi bila ujian darah tahap kencing manis adik masih 6 atau 7, tu yang kene cucuk insulin... muka dah toyekk jer.. nak balik rumah....

Alhamdulillah ... lepas makan dan minum air peria ni bila ujian darah turun 4, tu pun semalam mak buatkan air mengkudu... adik saya dah redhoo jer... tak boleh nak mengelaklahkan... sebab diet kat hospital ni.. sama jer.. macam tak diet .. sarapan pun bagi roti jugak, tengahari pun makan nasi siap lauk nanas.... tapi semua tu bukan tak boleh makan.. boleh jer.. cuma jangan banyak sangat.. kalau tak makan takda tenagalah nanti...



Bicara Hati : Kalau kawan² ada petua lain jangan lupa kongsikan kat ruangan komen...









13 ulasan:

Unknown berkata...

x de tip plak untuk kencing manis.. sebab zura ade problem BP masa peknen..
tapi n3 nih bagi zura ilmu jugak.. mana tau berguna untuk masa akan datang~

Salina@IbuAqil berkata...

Ina pun suka mkn peria goreng tepung mcm ni..
Sedap.. ;)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Akak pun masa mengandung jer kena kencing manis.. tapi tak lah tinggi sangat.. risau juga kan... semoga adik masya cepat sembuh ..

Izan Ishak berkata...

izan pun tak pernah ada pengalaman kena diabetis masa pregnant. harap2 adik yana akan terus sihat sepanjang tempoh kehamilan ni... dia admit kat hospital mana?

Suliana berkata...

saya ada masa 1st prgnt dulu.. tapi sy control diet.. kurangkan mkn nasi..

Puan Kutu berkata...

sy pun baru ni makan byk sekali cucuk 6.9 dh merah dh nti kena repeat bsp satu hari..ni pun dh stress..klu masuk hospital macam adk yana msti lg stress..

ch@ berkata...

Kena kawal pemakanan je la. Kwn kita tidak makan yg manis2. Kita xde pengalaman pula. Hope adik yana kuat dan tabah menghadapinya. Dugaan mengandung, mcm tu la.

Tie HT berkata...

nanti dia bersalin hilang kan kencing manis tu..peria tu antara yang terbaik tapi kalau selalu2 jemu plak adik tu nanti..take care yea

Unknown berkata...

peria goreng tepung ??..err xpernahrasalah pulak,...

Nora Karim berkata...

peria mmg yg terbaik buat pesakit kencing manis... yg penting kena bykkan minum air suam... elak air manis2...

Maria Qiptiyah berkata...

wahhh..sedap tu..terima kasih byk. Baru td buat test air gula. Doc kata dah tinggi paras berjaga2. 7.2. Start esok kena pantau gula 6 kali sehari.

noura axna berkata...

sy pon ada kncing mnis time prgnnt ni. .skrang ngah prgnnt 7 bln lbih. .td nurse dtg umah bgtau. .tkjot bruk dibuatnye. .yela mna x nye. .age bru 25. .ni prgnnt ank ketiga. .2 yg sbuk google cri psal kncing mnis ni. .huxhux

Klinax Organik berkata...

Penyakit kencing manis boleh dikawal dengan kurangkan ambil makanan dan minuman manis, tambahkan sayuran hijau dalam hidangan. Secara amnya, sayuran hijau bersifat pahit, dan ia bagus untuk jaga kesihatan penkreas supaya mampu hasilkan insulin mencukupi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...