Ni gambar kat rumah mak dengan abah saya .. penuh kat rumah atas ... sampaikan menu mee jawa mak saya hidang pun tak nampak, adik saya pulak kebetulan buat air laicikang .... memang semua orang sukalah .. kekenyangan ...
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Isnin, 19 Ogos 2013
Home »
Balik Kampung
,
Baraan Raya
,
Dunia Masya
,
Kampungku
,
Munjung
,
Punjungan
,
R.a.y.a.
»
Baraan Raya Pertama
Baraan ni sinonim dengan masyarakat jawa, orang lain pun beraya ramai² tapi .. tak pangil baraan kot ... itu yang baraan ni sinonim dengan masyarakat jawa hihihihihi ....
Munjung / Punjungan / Punjung semua pun lebih kurang bunyi kot ... maksudnya bagi kami orang² jawa ni menghantar juadah makanan kepada jiran² dan sanak saudara yang terdekat, selalunya buat pagi raya ... kalau orang dulu² kooo siap pakai talam besar berpinggan mangkuk, sekarang?? takda maknanya pagi raya nak hantar ... kita orang buat awal kadang tu seminggu sebelum raya dah hantar, sebab dah kalau semua orang pakat hantar pagi raya .. sapa nak habiskan makan... cuma saya jer bagi biskut dah beberapa tahun ni kikikiki .. kalau rajin saya buat masa raya haji masak² ni, sebab masa tu tak ramai orang masak .. jadinya makanan tak membazir.
Oklah saya harap terjawablah serba sedikit yer pada yang bertanya apa itu baraan, apa itu munjung, apa itu punjungan .... harap membantu yer .... pada otai² kalau saya silap bagi pendapa kat ruangan komen yer... mari berkongsi pendapat ...
Moh ler sambut cerita entry baraan raya pertama kami, saya dengan hubby sepakat daripada memula kawin lagi .. kalau raya sehari pertama lepas pergi rumah mak saya, rumah bapak mertua.. kami akan join baraan keluarga sebelah adik beradik dan saudara mak saya ... senang .. nanti tak payahlah nak pergi satu rumah ke satu rumah .. kalau ramai² baraan macam ni meriah sikit. Mujurlah hubby okk jer .. jarang tak menyokongkan, amir dah besar ni alhamdulilah lebih mudah bagi kami join baraan.
Yang ni pulak kat rumah bawah, adehhh sorryyyyy gambar gegar .. tak sempat nak snap gambar elok sikit ... rumah penuh huhuhuhu .... masa ni lah semua nak berkumpulkan ... rasanya rumah mak tu dah cukup besar ... tapi kalau dah ramai² memang tak muatlah ....
Paling seronoknya bila baraan ni menu yang di hidangkan habis semuanya dimakan, rasa seronok sangat dalam hati .. ya allah senang nak kemas tau .... dalam ya allah hilang rasanya pena memasak tau ...
Dan masa baraan ni paling suka bile pergi rumah saudara mara .. macam² menu yang terhidang, rasanya tahun ni paling banyak hidangan laksa .... sana sini laksa .. sebab senang nak masak agaknya hihihihihi .... kuah dia pun tahan lama ....
Budak² paling terujalah .. mana ada orang bagi duit .. situ mereka mengekor nak hahahahaha .... budak² remaja pun ada jer yang dapat , yang dah kerja jer selalu terkecuali kikikikiki ..;p
Biasanya 5.00 petang dah habis round semua rumah, kami akan rehat waktu solat tengahari ... jarang baraan ni sampai ke malam atau 2 hari .. sebab kalau kat kampung raya kedua biasanya dah baraan orang lelaki pulak ...
Bicara Hati : Moga di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik, tahun depan boleh join lagi .. tapi kalau kami dah berempat tahun depan ... skiplah kejap kot hihihihi ...
Baraan Raya Pertama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Bestnya dpt baraan. Meriah ☺☺
baraan ni.. kalau bg tau x pe.. ni kalau x bg tau.. mmg makan kuih raya je la.. hehehe
Penuh rumah :) meriah.
wah penuh rumah kan..meriah gitu..:)
alamak bestnyer .. akak teringin nak join... tapi tak leheler kan.. kalau balik perak ikut sg besar tg karangtu emmang nampakler kemeriahanner..
anak2 ler syiok kutip duit raya.. ramai orang kan... kalau bagi sikitpun dapat banyak memang seronokler...
Kalau ditempat akak, hanya orang lelaki jer yg beraya dari rumah kerumah selepas solat aidilfitri, rumah akak nombor 6 dari masjid, so memang meriahlah nak memasak sebab ada yg datang utk menghabiskan makanan, tahun ini adik akak jadi ketuanya.. ada kelainan dibuat iaitu selawat nabi HANANA.. yg tengah popular tu.. semua gembira... selalunya habis sampai ke zohor mengikut lorong rumah :D
Seronok kan kalau ada baraan perempuan :)
tu dia sikit punya meriah.penuh rumah macam ni naik penihng tuan rumah nak melayan.tp best sgt..suka tgok..meriah!
ayat klu berempat tu macam dh ada je..cercite cercite..haha
munjung tu Noey tau sangat.raya tahun ni kat kampung husben,so,adalah munjung tu..kenyang sangat..haha..
meriahnya beraya
memang padat sungguh.....meriah giler tu....
wah meriahnya..
paling menarik ayat kat bawah tuu
ber EMPAT ???
hihihihi
baru taupasal ni..
tp mmg meriah la nampak..
Bagus gak camnikan..baru terasa raya, meriah beraya sesama, ramai2 :-)
wah ramainya.. best plak baraan camni..
Catat Ulasan