♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 12 Jun 2013

Home » , , , , , » Tumbesaran Amir Dari Tiga Tahun Hingga Lima Tahun

Tumbesaran Amir Dari Tiga Tahun Hingga Lima Tahun



Kita sambung balik cerita tumbesaran amir, kalau yang belum baca entry tumbesaran amir dari lahir boleh klik sini untuk lihat gambar² amir masa baby, dan bila saya jumpa gambar² amir ni baru saya perasan muka anak adik saya yang baru lahir hampir sama dengan amir maklumlah sepupulah katakan.

Terujalah tengok gambar² amir dulu² hahahaha .. nak gelak pun iyer jugak... memang terasa sangat cepatnya masa berlalu ya allahhhh ... rasa macam tak puas nak gomol² nak cium² dia lagi .. walaupun kadang² ragam dia datang dah besar ni tak bagi ibu cium sangat huhuhu .. sentapp kejap tau.. tapi kalau mood dia baik, sibuklah nak cium² ibu pulak.. ibu pulak yang rimas dibuatnya.

Dan dalam entry yang sebelum ni pun saya dah bagi tahu amir pandai bercakap dulu .. sebelum berjalan, kalau tak silap umur dia 7 bulan dia dah pandai sebut ibu ... tanpa pelat tau .. memamng amir sebut ibu, mungkin dah terbiasa kot ... dengar saya bahasakan diri ibu sejak dia dari dalam perut lagi ... dan umur hampir 2 tahun kalau tak silap setahun 8 bulan macam tu .. amir dah pandai susun aya kalau nak sesuatu, alhamdulillah rasa bersyukur sangat dikurniakan anak yang bijak dan baik macam ni, moga menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya. amin.


Sorry nak tayang jugak ni gambar hadiah pertama hari lahir amir, ayah belikan amir lori hahahaha .. memang sesuai sangatlah dengan size amir tu .. yang debab dan gebusss masa ni... tak boleh belikan yang kecik².. nanti dia bawak .. mengundur habis tergolek² kebelakang terlentang.





Ni hadiah daripada atuk masa amir nak masuk umur 3 tahun kalau tak silap, lagi beberapa bulan atuk dah belikan basikal .. tapi amir takut nak kayuh .. dia naik jer.. umur 3 tahun lebih barulah dia pandai kayuh dengan jayanya penuh pusingan kat kaki tu.. kalau tak asyiklah disorong² sahaja dengan kaki.





Pertama kali amir jejakkan kaki kepantai ... muka teruja, takut semua pun ada hihihihi ... tapi mula² jerlah.. lepas tu takmoo balik pulak.... balik terus demam² tau huhuhuhu .....





Ayah belikan amir hadiah basikal baru masa umur 4 tahun, amir ngadu basikal atuk belikan susah nak kayuh .. saboo jerlah.. habis di canang kat semua orang ayah belikan basikal baru kat nilai kakakakaka .. memang tak boleh simpan rahsia betul ini budak.

Sekarang pulak dah 5 tahun ni, amir ngadu .. amir tak pandai lagi kayuh basikal tanpa roda kecik .. iyerlah sekarang dah jarang main basikal petang² cian amir ... kawan² semua dah pandai kayuh tanpa roda katanya, dia malu .. tak pandai lagi .. pulakk dah.. rasa macam bersalah pulak, nanti kita belajar yer mir .. cian amir .. selalu saya pujuk dia.





Alhamdulillah dah 5 tahun, amir akhirnya dah mula ke tadika .. teruja sangat dia dapat ke tadika .. dapat kawan².. suka betul dia.... dan tadi ibu dan ayah baru jer pulang daripada tadika amir untuk perjumpaan hari ibu bapa amibil report kad, ibu tak terlalu mengharap yang besar².. tapi amir dah pandai membaca dan menunjukkan minat belajar itu dah buat ibu terharu .. satu perkembangan yang baik buat amir dari segi tumbesaran amir sekarang.






Akhir sekali nak juga letak gambar tuan tanah kedaung, hahahaha .. mengandung nak masuk 4 bulan .. masih boleh pakai kebaya .. hebat tak hebatlah .. lepas bersalin.. baju ni pun tak muat gegegegege .. dah selamat ku bagi orang lain.




Okk nanti sambung lagi, tumbesaran kami beraya sedondon pulak eh (hahahaha... puasa belum sibuk nak tayang gambar beraya), tengok keputusan peperiksaan amir .... ibu cari idea nak mengarang dulu eh.



Bicara Hati : Ada yang nak muntah tak layan entry tumbesaran amir banyak gambarkan hihihihi ... tapi sebenarnya ada lagi banyak .. lain entry kongsikan lagi.





16 ulasan:

Qashmere berkata...

Seronok je naik basikal ramai2

nad berkata...

Xbyk beza perubahan amir sejak kecik smpi besar
Berisi sama, bambam kt pipi pun sama hee

eiela berkata...

baca pengalaman hidup orang nih memang seronok.

Unknown berkata...

sonok dapat tengok anak membesar depan mata kan~ walaupon kadang2 ade peel yang buat mamanye hilang sabar.. hehehe

Ratu Hatiku berkata...

Seronok imbas kembali tumbesaran anak2 kan.. Nielah kenangan kita nnt.. :D

- AZIE - berkata...

suka tgk gmbr amir dgn kwn2 naik beskal..ehh gmbr byk2 lagi suka..sbb xboring baca hehehe

Kakzakie Purvit berkata...

Bila dah besar kelak dia baca N3 ini semua mesti senyum:)

Boleh nampak perkembangannya.

dear anies berkata...

hehehehehe amir teruja sesgt la tu smpi canang kt semua org ye bla dpt beskal baru ;-)

lia berkata...

bagusnyer amir da pandai membaca, Alhmdlh...

LiYa HaNiF :: berkata...

serononkkan tgk pembesaran anak di depan mata.. hehehe budak2 mmg jujur..

Unknown berkata...

dia dah besar.. (ala2 iklan) hihi.,cpt perkembangan dia kan..bagusnye..

Puan Kutu berkata...

sy takde muntah pun..seronok bila imbas kembali pembesaran anak2..dr kecik amir ni tembam budaknya..hehe

Unknown berkata...

mmg kita rasa anak cepat besar...rindu sgt masa anak kecik2 dl..hiihi suka gambar yang 'peace' tuu

CtAyue berkata...

tu la kan..kejap je.. tup tup dh besar dah anak.. alhamdulillah amir dh pandai membaca..tahniah amir.. semoga amir menjadi anak yg terbaik buat ibu dan ayah amir...yana rindu nk gomol baby ke? boleh dah tu tambah ahli baru..hehe.. :)

fieda berkata...

besor dah..

Tie HT berkata...

alhamdulillah , semakin membesar dan bijak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...