♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 22 Januari 2013
Home »
♥ Kasih Abadi ♥
,
AMiR
,
Dunia Masya
,
family
,
iLMU Baru
,
Tadika
,
TASKA AL-HUFAZ
»
Tips Pujuk Anak Tak Meragam Ketadika
Pagi² singgah keblog seorang sahabat alam maya, mengadu masalah anaknya pagi² asyik berdrama jer mahu ketadika, sejujurnya kanak² yang normal memang macam tu .. maklumlah baru nak merasa dunia baru kan.. sebab selalu di rumah bersama family atau orang² yang terdekat dengannya sahaja...
Sejujurnya saya dulu pun macam tu.. menghadapi masalah yang sama lagi² bila pengasuh amir tak sihat, saya kene amik inisiatif masukkan amir ke nursery dan bermulanya fasa baru.... korang bayangkan kene buat keputusan drastik, ditambah pulak.. amir yang asyik meragam tak mahu kerumah pengasuh.. pagi² mesti menangis tak mahu turun kereta... sampai satu tahap saya tertanya² apa yang berlaku dirumah pengasuh.... biarlah cerita itu menjadi rahsia saya sahaja bukan untuk tatapan umum.
Jom fokus apa tips yang saya gunakan supaya amir tak meragam ketadika, ini adalah cara saya sendiri .. mungkin lain orang lain caranya dan pendekatan yang berbeza.. tak salahkan saya kongsikan tips ni.. mungkin berguna jugak buat kawan² yang nak hantar anak ketadika nanti... pada yang tak baca pun takpa cepat² klik X yer entry agak panjang jugak....
Bagi tahu kat anak, anak dah bermula bersekolah esok (tak kisahalah kalau bukan esok bagi tahu minggu depan ke.. atau tahun depan ker??) janji kene bagi tahu anak awal² dulu ....
Ceritakan serba sedikit persekitaran dan suasana disekolah, bagi tahu ada cikgu, ustazah dan juga akan ada kawan² yang ramai disekolah .. jadi anak² akan lebih mudah paham persekitaran sekolah.. lagi² amir ni belum ada adik lagi.. jadi apa dia main kat rumah takda sapa pun nak kacau.. jadi kenelah bagi tahu awal² kat sekolah ramai orang.. ramai kawan.. semua pun kene kongsi.
okkk bab yang dua ni memang saya awal² dah bagi tahu kat amir, alhamdulillah dia paham.. tapi masuk tadika pun dia mesti nak menangis, biasalah tu.. saya berpikiran positif jer.. sebab dia tak biasa lagi dengan suasana sekolah.. dan mendegar arahan daripada guru....
Okkk bagi kaedah seterusnya saya tanya amir, amir nak sarapan apa pagi ni? atau nak bekalan apa.. walaupun saya tahu sekolah memang ada bagi makanan.. okk sebenarnya kaedah ni lebih pada memujuk hatinya.. okkk saya belikan roti dan hampir setiap hari.. dia akan bawak bekal roti, kalau hubby kukuskan pau.. saya akan bekalkan pau jugak... sampailah dia bagi tahu.. dia tak mahu lagi bawak bekal. (macam sekaranglah tu) mungkin dia dah selesa makan dengan kawan²....
Saya akan sms cikgu taska atau pengetua untuk tahu perkembangan amir kat sekolah dan alhamdulillah guru² pun banyak memberi kerjasama.... daripada situ jugak saya tahu perkembangan dan aktiviti amir kat tadika. (Bukan apa untuk memudahkan saya jugak bila balik nanti tanya amir apa yang dia belajar)
Sejujurnya hati ibu mana yang tak risaukan anak² ditadika.. lagi² macam amir ni anak manja sudahlah dirumah memang main sorang² ada takda kami ni lah yang melayankan dia. Maklumlah disekolahkan ramai orang .. tu belum lagi yang kaki buli, kaki menyakat, segala kaki lah... hihihihihihi .... selalu jugak pesan kat amir jangan begaduh kat sekolah. Setakat ni OKK jer...
Salah satu amalan yang saya lakukan jugak bila nak hantar amir ketadika, saya akan peluk amir erat² dalam dakapan saya.. saya pandang matanya dan saya bagi tahu saya sayang sangat ka amir, amir kene pergi sekolah.. belajar rajin², ibu nak bekerja.. nak cari rezeki nanti boleh belikan apa yang amir nak.... dan saya niatkan didalam hati moga amir drterangkan hati dan dipermudahkan menuntut ilmu.... kemudian saya baca surah al-insyirah dan hembuskan pada dahinya kemudian saya suruh dia salam dan kami akan cium pipi masing² sebelum berpisah.
Mood ceria sentiasa ...
Harap dah darjah 1 pun nanti senanglah jugak nak hantar ..
Sebab dugaan dan cabaran lagi besar sebab sekolah rendah kan lagi ramai orang ...
Bila balik petang saya mesti tanya dan amik tahu apa yang amir buat disekolah.. bile dengar amir cerita dia akan teruja.. jadi kita boleh tahu.. dengan siapa dia berkawan dan apa yang dia lakukan di sekolah.. kalau ada duit lebih saya saja tanya dia nak makan apa.. sebagai upah atau ganjaranlah kiranya saya belikan... sekadar semangat buat dia oklah tu.. bukan setiap hari pun.. sesekali jer.. lagi² masa mula²s sekolah dulu...
Boleh juga rujuk entry² kat bawah ni.. mengenai mula² amir ke tadika, sebenarnya banyak entry² dalam blog saya ni saya tulis untuk tatapan amir akan datang, termasuklah doa² yang saya amalkan untuk diri saya jugak dalam mendidik amir saya kongsikan di blog ini kalau rajin carilah di label ilmu baru, taska Al-hufaz semuanya memang berkaitan.
Kerenah Amir Bile ibu Nak Hantar Taska.
Uniform Tadika
Ragam Nak Ke Tadika
Rasanya kawan² lagi banyak tips kot kan.. jomlah kongsikan dengan saya jugak... bolehlah kita bertukar² pandangan (^____^)v
Bicara Hati : Setiap saat, setiap detik masa bersama anak² adalah masa yang amat berharga buat seorang ibu .. hargailah anak²... moga suatu hari nanti mereka juga menghargai penat lelah kita.
Tips Pujuk Anak Tak Meragam Ketadika
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Anak kakak jenis suka berkawan agaknya jadi bila masuk tadika dalam kelas dah ada ramai kawan dia juga so boleh katakan tak adalah masalah. Lagipun kalau di rumah duduk dgn bibik aje baik ke sekolah ada ramai kawan itu yg dia suka...
budak2 kan...
tak tau la nanti anak sya macam mane...
Alhamdulilkah, zakwan x meragam sangat masa masuk tadika
Comeyyynya ladybird kat header tuuuu! =)
bgus blh gune tps ni ms ank nk msuk tdika nti hihi
Alhamdulillah Alya elok jer dari hari mula2 ke tadika seusia 3tahun ++, mungkin pilihan dia sendiri kot..
Anak ai yg darjah satu tu hari ni suruh tunggu dia puk kat sklh ptg ni. Igt dah ok. Sesekali jadi gak
Kemanjaan tu.
kalo dh tadika pun ok, mesti sek rendah pun ok amir nti...insyaAllah..
Kenalah pandai2 pujuk dan bg kata2 perangsang kan..
bagus share tips dengan kengkawan :)
alahai...cumil Amir.. :)
alhamdulillah shingga arini qhayra sgt oke ke tadika..xder la byk ragam..hikhik
tips yg bagus utk ibu bapa yg hadapi masalah hantar anak ke tadika.so far sy takde masalah sbb aiman mmg friendly n suka berkawan.kt rumah kan dia sorg2 tak best takde geng.
cti sekolh hujung taun tempohari pun aiman siap tnya bila nak sekolah?aiman dh boring dok rumah.hehe
tq yana sbb sudi kongsi tips.. nt ayu cuba amalkan.. TQ..
Tips yg berguna, kami pun akan pastikan Zaquan sblm ke sekolah mesti peluk dan salam mama n papa. Alhamdullillah zaquan mmg seronok ke sekolah, betul2 minggu ke3 je hari tu je mood xnk kesekolah dia dtg...now nmpk dia makin srnok...
Catat Ulasan