♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Isnin, 18 Mac 2013
Home »
Adik
,
Dunia Masya
,
family
,
family.....
,
Hospital
,
Membebel
»
Doa Buat Kandungan Adik Saya
Alhamdulillah mak akan tambah sorang lagi cucu hujung bulan 5 ni, kandungan adik dah nak masuk 7 bulan, tapi tak kala kandungan nak masuk 7 bulan ni diduga pulak... bukan apa² cuma ada masalah kesihatan sikit.. yang lain okk saja...
Mendengarkan luahannya semalam sewaktu menziarahi syahdu rasaya.. itulah dugaan mahu menjadi seorang ibu.. bersusah payah.. kehulur kehilir.. diduga sedikit oleh Allah untuk memantangkan dan pengalaman diri... supaya dapat membesarkan anak bila lahir nanti...
Melihatkan kesayuan muka... hati yang mula tak merasa apa.. sebak seketika tak kala.. kehadiran disambut dengan senyuman...
Kata² semangat ini buat adik kedua saya (walaupun saya tahu dia tak baca blog ni) yang sedang di hospital ditahan kerana masuk kandungan 7 bulan doktor sahkan ada kencing manis pulak.. mungkin pembawakan agaknya... ataupun genetik maklumlah mertua adik memang ada kencing manis (boleh ke.. genetik)
Masuk hari ni dah 4 hari dia dihospital, suntikan insulin juga sudah mula dilakukan.. kerana ujian darah asyik tak menyebelahi diri dan baby.. paling tinggi 13 selepas minum air gula.
Gigih semalam mengenangkan adik dihospital, gorengkan peria katak dengan tepung untuk dimakan buat kudapan... mak pulak buatkan air peria+epal hijau, siap pesan kat adik.. minum jerlah anggap macam minum jus tembikai yang banyak ais... mesti sedapp.... Hari ni baru lepas sms dia alhamdulillah makin berkurangan ujian darah menunjukkan 4, hari ni mak bekalkan air mengkudu pulak.....
Kalau kawan² ada petua untuk mengurangkan kencing manis kongsikanlah dengan saya yer.. boleh saya berikan pada adik saya, maklumlah dulu saya tak mengalaminya... dan doakan supaya adik saya cepat keluar daripada hospital yer... Terima Kasih semua (^___^)v
Bicara Hati : Semalam anniversary adik, sambut kat sepital jer.. katanya sambil buat muka sedih.. tahun lepas.. masa nak nikah kene demam panas.. saboo lah yer.. yang.. insyaallah adalah hikmahnya tu...
Doa Buat Kandungan Adik Saya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
semoga adk yana cpt dpt keluar hospital..
kencing manis ni ssh gak nak pantau.kena minum byk air kosong n kurangkan makanan karbohidrat.lebihkan protein.yg paling penting kena jaga diet tu je rasanya..yg lain tak tau plak sy
sy dua kali pregnant dua2 kena kencing manis tp Alhamdulillah la tak pernah tggi.takde la smp cucuk insulin.cuma yg lecenya kena buat bsp la..
sedih pulak sy baca...kalo mak ayah kita ada kencing manis, chances tuk turun kpd anak2 memg akan ada..faktor keturunan tue..pe2 pun semoga adik awak akan kuat dan tabah dgn ujian nie, semoga semenya selamat hingga melahirkan..
assalamualaikum masya...kesian nyer moga dipermudahkan semuanya...:)
Moga adik kuat n beransur baik.. dugaan dan cobaan semasa pregnant ni lain2 stp org kan..hrp dia tabah...
sedihnyeeee...semoga semuanye selamat...semoga Allah permudahkan segalanye..amin3..
mudah2an adik yana n baby dalam kandungan baik2 ye. kirimkan salam izan utk dia ye!
Insyaallah. ada hikmahnya tu. ida doa semuanya selamat. aminnnnnnnnnnn
Dugaan ibu mengandung. Semoga semuanya di permudahkan olehNYA.
moga semuanya selamat, take care..aamiin :)
moga adik masya selamat..teringat masa pregnant dolu2..2 bulan bertapa kat hospital
kesiannye, moga adik yana tabah hadapi dugaan ni dan bacaan darahnya semakin ok.
mmg faktor keturunan slh satunya, k.eija masa ngandung zaquan n ziqry dua2 ada pengalaman kencing manis sbb mak n ayah k.eija dua2 ada penyakit kencing manis, tp belum sampai tahap kena cucuk insulin, setakat kena buat MGTT dan BSP, solutionnya kena control diet je, Alhamdullillah kencing manis hilang slps bersalin, tp skrg mmg kena berjaga2/control pemakanan supaya x dijangkiti penyakit kencing manis ni..
Moga kedua2nya sihat walafiat... smpi bersalin nanti...amin
Catat Ulasan