♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 5 Jun 2013

Home » , , , , , , » Menu Udang BBQ Versi Pemangang Ajaib

Menu Udang BBQ Versi Pemangang Ajaib



Udang sedappnya, bagi pengemar seafoodkan .. rasanya macam tak lengkap kalau nak buat bbq hanya ayam semata².... tapi kalau ada sakit gouttt sila buang daripada menu list yer untuk bbq huhuhuhu ....

Kalau ada udang atau ikan memang sesuai sangatlah buat bbq, sebab kempunan nak di bawak bercuti melepak tepi pantai .. jadi kita masak kat rumah sudah ... lepas makan golek² depan tv tidur hahahaha ..... tak payah nak muncung sangat macam muncung udang tu ...

Hubby beli udang sekilo rm 20.00 hinggit .. memang mahalkan sekarang ni , bukan kata udang .. rasanya semua seafood tengah mahal, ni pun beli dengan kawan hubby yang suka menjala tu .. merangkap jirang selang beberapa rumah jadilah .. rezeki kami.



 Dah jemu masak sambal tumis petai udang, dah jemu masak lemak bendi udang, dah muak masak yang bertumis².. meh kita cuba versi bbq saya pulak .... super duper mudah yer... saya kalau masak susah² saya angkat tanggan dulu .. memang tak pandai ...


Resepi udang bbq mudah versi masya :

Udang ikut sukati nak banyak mana
bawang putih
bawang besar
Halia nak letak boleh tak nak takpa, saya tak letak
sos tiram
sos bbq
lada hitam tumbuk sdikit sahaja kalau nak pedas
air suku cawan
tepung gandum nak bagi pekat buat macam kuah .. jadi tak payah susah² buah sos
garam dan gula kalau nak letak bagi perasa supaya tak tawar

Cara²nya : 

saya blender bawang putih dan bawang merah semua pun seketul², lepas tu campurkan kat udang, masukkan sos tiram dan sos bbq, saya masukkan air suku cawan dengan tepung sesudu... tepung nak bagi kuah pekat ... sebab saya guna pemangang ajaib ... dan malas nak buat kuah asing.. nak cepat masak dan cepat makan hihihihihi .... letak gamram dan gula sikit buat perasa.


Hasilnya letak dalam pemangang ajaib tu.. kuah jadi banyak sebab udangkan ada air dia sendiri ... macam dalam gambar kat atas, masak agak² sampai udang masak dalam 20 minit macam tu ...





Siappppp .. mengiurkan kan.. kan... 
hubby makan jilat jari hahaha.... dia kata sedappp ...... malu saya, amir pun makan bertambah².... 
bila cuba² macam ni tak sangka pulak sedapp.. kalau masak beria² tu ... tak menjadi.




Bicara Hati : Selamat mencuba ... kalau dah cuba bagi tahu tau.. sdapp tak...










14 ulasan:

ch@ berkata...

haish! canni, kena cari jg pemanggang tu. sedap weih!

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedapnyaaaa akak tengok... nak cubalah...

IntaNBerliaN berkata...

dah rasa mcm msk blog masakan plak.. berderet citer pasal makanan... dh la tgh puasa.. hihi

Tie HT berkata...

yum yum sedap n nampak pekat.. :)

Puan Kutu berkata...

sedapnya..dh la udang ni peberet sy..aduh sabo jer la

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak, perghh terliur babe usha menu ni.. nak tanya, pemanggang ajaib ni rm bape? sy dah lama aim. tapi taktau harga, wakakakkaaaa ;p

sal ya berkata...

tu la... bila campak2 tu la yg sedap berbanding ikut resepi sgt.

Unknown berkata...

sedapnyew nampak....

LYAfrina berkata...

slurrrrrrrrrrrrrrpp.. sedapnyer..
mcm2 blh gna dgn pemanggang ni

eita berkata...

giler sedap tu..

kat tempat ita udang rm 24...
nak kata besar tu tak lah jugak..
tapi memang mahal

::EIDA:: berkata...

ida tak pernah masak dlm pemanggang tuuu.. selalu bakar jeeee.. nnti nak try laaa. heeeeeeeee~

Unknown berkata...

wahh... nmpk sedap... dah lam tgh lapar ni.. apsal la byk sungguh blog citer psl mkn jek.. ish.. jeles.. hihi

Deq's Qienz berkata...

wahh macam² boleh masak ek gan pemanggang nih..ingatkan boleh pnggang je..hehehe cayalahh :)

QasehnyaRania berkata...

Alahai saya bab udang ni suka sangat.
nampak pon tau sedap tu..
tau xpa kalau masak beria bukan nk menepati citarasa tp bila cmpak campak wah sedap ooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...