♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 7 Jun 2013

Home » , , , , , » Susu iLHAM untuk amir

Susu iLHAM untuk amir


Sejak akhir² ni amir dah kurang menyusu, sebab dah semakin membesar agaknya ataupun mungkin amir dah muak, jadinya saya dengan hubby memilih alternatif lain untuk beri amir minum susu.. sebab kalau boleh kami nak bagi amir minum susu sampai umur dia 8 tahun sekurang²nya, walaupun menyusu botol memang payah nak dipisahkan.. tapi kita orang tengah berusaha kearah itu.

Bukan saya tak bagi minum susu yang sebelum ni, saya bagi untuk bekalan ke taska jugak .. tapi susu ilham ni saya bagi amir minum memang kat rumah sahaja, lebih terjamin keselamatannya.. sebab saya takut kalau ke taska ada yang terlangkah pulak susu ni.

Dah lama saya serve susu ni, saya ada 2 pilihan sebenarnya.. tapi hati saya kata kuat suruh mencuba yang ini walaupun mahal sikit berbanding susu yang satu lagi tu ... kalau baik saya akan teruskan...

Saya cuba belikan sekotak 
alhamdulillah .. amir macam suka ...


Saya mungkin tak bagi minum susu ni sekerap mungkin, tapi saya akan pastikan amir minum susu ni setiap pagi sebelum kesekolah... atau bangun tidur sahaja waktu pagi bila amir mintak susu.. saya akan buatkan susu ini, susu baik untuk kanak² .. saya ambil yang 4 tahun keatas harga rm 48.00 yang ini saya beli kat aeon big bukit rimau, sebab susu ni memang tak jual kat pasaran secara meluas hanya pasaraya² tertentu sahaja.

Ok.. susu ni tak boleh dilangkah yer.. sebab dia di bacakan dengan baca surah² tertentu, saya berniat baik untuk menukar susu ni pada anak saya bukan apa .. sejak ketaska ni .. perkembangan pembesaran dia boleh tahan jugak diluar pengawalan saya .. terlalu banyak yang didengari apatah lagi dipelajari sampai adakalanya menguji tahap kesabaran diri ibu .. alhamdulillah hampir sebulan amir minum susu ni .. ada sedikit perubahan, seperti mudah mendengar kata dan arahan saya .. jarang memberontak. Dan yang paling saya suka baru² ni bila rumah mak mertua buat kenduri .. amir rajin menolong sepupu² mengangkat cawan ... kalau dulu .. haihh asyiklah nak berkepit dengan saya dan nak main jer...



Bicara Hati : Kalau anak 2 tahun kebawah bagilah minum susu ibu yer.. yang seelok²nya... Klik kat gambar kalau nak tahu info susu ilham lebih lanjut.








10 ulasan:

safurara berkata...

pas ni leh try kat princess lak.

lia berkata...

sy lak tgh survey susu kambing utk Amsyar... xjumpa lg yg ada perasa strawbery...

Kakzakie Purvit berkata...

Oh ada susu nama Ilham sedap aje bunyinya kan.. Anak kakak dah besar-besar mereka pilih susu sendiri dan selalu tukar-tukar ikut selera...

Cho Zila berkata...

tak pernah tauler akakni pulak.. kalau boleh nak gak cari yang terbaik untuk anak2 kitakan..

Nieyla Nadia berkata...

kawan nieyl pun ade bg anak2 die susu nie...kate nyer lebih baik...:)

Fiza Rahman berkata...

Pernah dgr pasal susu ni. Tapi harga boleh tahan mahal juga kan.

Unknown berkata...

agak mahal susu ilham ni.. mia pun sama dah kurang minum susu dah..

Puan Kutu berkata...

kalsium mmg perlu sampai kita tua.sbb tu kena minum susu.tp aiman sejak 5taun dh benti minum susu.dia sendiri tak nak..huhu

klu susunya bagus tak kisahlah mahal sikitkan..anak sorg je kan.:)

Deq's Qienz berkata...

pstime dengaq susu ni..

QasehnyaRania berkata...

pestime tgk susu ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...