♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 13 Jun 2013

Home » , , , , , , » Bila Kami Beraya Sedondon Mengikut Tema

Bila Kami Beraya Sedondon Mengikut Tema



Sebulan lagi insyaallah kita akan menyambut ramadhan, semoga dipanjangkan umur dan berpeluang merasainya lagi, azam tahun ni nak bawak amir pergi terawih .. lagipun amir dah 5 tahun .. harap berpeluanglah hendaknya ... nak beri amir merasai suasana kemeriahan solat terawih, ibu akan mula ajar amir puasa.. walaupun mungkin puasa susu sahaja .. kikikikiki , sebab umur seusia amir memang belum digalakkan berpuasa .. tapi haruslah diberi pendedahan solat terutama solat 5 waktu. Jadi takmoo paksa² amir berpuasa (^____^) walaupun pihak tadika ada maklumkan mungkin amir akan diberi pendedahan puasa ramadhan nanti.


Jom layankan gambar kami beraya bertiga pulak, alhamdulillah 3 kali sambut hari raya sebagai seorang isteri akhirnya kami beraya bertiga pulak sebagai ibu dan ayah. (^___^). Puasa pun belum.. tapi dah mood raya eh... ;p Sila jangan pitam layan gambar masya possing super fotogedik hihihihihi ...



Akhirnya jumpa gambar ni kikikiki, Alhamdulillah raya pertama sebagai seorang ibu, kalau tak silap amir 4 bulan masa ni, allahuakbar tembamnya muka aku masa ni bagai di pam .. pam... ramadhan tu hubby dan aku kemalangan betul² lagi seminggu nak raya, nasib baiklah takda kecederaan yang teruk .. hubby patah tangan .. aku pulak melecet sikit jer.. nasib baiklah tak pape baru lepas pantang masa ni, pertama kali beb.. pertama kali aku kemalangan naik motor dengan hubby, bukan dengan hubby jer.. rasanya ini pertama kali jatuh motor lepas dapat lesen lepas tu hubby fobia nak bawak aku naik motor kakakaka ..;p


Baju amir susah nak cari .. jadi amir pakai warna lain dari kami, kami pun pakai baju bukan tempah untuk raya pun... pakai baju apa yang hadooo jerlah.. pasrah, tak sempat nak membeli.


Pertama kali bawak amir pergi opis, kebetulan ada jamuan hari raya, amboii kemain lebar ibu senyumm yer.. tapi sebenarnya mengah dukung amir ... kikikiki ... amir teruja tak reti duduk diam, semua dok pakat nak dukung dia.. lagilah dia suka.



Yang ini tak hinggat raya dah berapa hari, yang pasti kami nak pergi beraya ... kumpul duit, kumpul duit .. sakan beraya dengan orang baru .. padahal hubby bukan boleh drive sangat .. aku?? lagilah tak boleh diharap .. harap ada lesen jer masa ni .. tapiiii penakut yaaarrrraaaabbbiiiiiii nak bawak kereta, hubby pasrah jerlah ... kalau ada yang ajak kami ikut jerlah masa ni.



Tahun kedua beraya dengan amir, kebetulan hari raya pertama hari lahir bapak mertua jadinya ... hubby bagi hadiah kat bapak amir yang lebih terujanya, masa ni amir dah pandai dah nak teroka sana sini ... main dengan sepupu².



Tema melinium ni paling seronok rasanya, sebab amir pakai sedondon siap dengan kasut.. comel sangat tau .. geram dibuatnya. Lepas tu dapat duit raya .. merata² dia letak, ibu dengan ayahlah tukang kutipnya. Mula hubby macam tak suka tema ni, sekarang baju ni jugaklah ang asyik di pakai buat ke masjid solat jumat grrr sabooo jerlah.




Gambar akhir, tapi bukan yang terakhir yer... dalam entry ni ni jer.. yang ini raya 2011 rasanya, banyak sangat gambar raya dalam entry ni .. muntah hijau pulak korang layan kikikikiki .... tahun ni tema lain sikit, kunun² ibu pun nak melaram jugak .. sudahnya baju ni sekarang dah tak muat yer... gantung jerlah buat perhiasan sob.. sob.. sob... sebelum ni pernah jugak kongsikan gambar beraya kami sedondon dalam entry warna-warni di aidilfitri dalam tu memang sampai ema 2012, tahun tak taulah kami tema apa... kalau ikut selera amir tak sudah² warna hijau .. mahu lah hijau pokok tahun ni ... pulak erkkkkk ...




Bicara Hati : Dalam suasana gembira, pastinya tak dilupakan pada insan yang tiada .. al-fatihah buat arwah adik, kelahiran amir membuang duka lara kami sekeluarga atas kehilangan arwah adik.



15 ulasan:

NinaAz berkata...

Tahun ni tema kami hijau. :)Tahun ni bakal meraikan hari raya pertama tanpa abah tercinta. Alfatihah utk arwah adik sis dan arwah abah saya....................................

dear anies berkata...

ni cerita psl bj raya, mood raya da membuak2 ke? ;-)

Unknown berkata...

aduh..satu pun gambar tak keluar..nnt dtg lagi..

zmarl (ibu) berkata...

hihi..comel kan bila sedondon..plus senang nak jumpa anak bila pergi tempat ramai..

zee setiap tahon pon mesti sedondon hari raya pertama tu..dah terbiasa..

ieja amieja berkata...

assalaam..
amboi lum habis lg rejab dah terasa bahang ramadhan n syawal plk ye..
ikut kami thn ni tema biru ..mood nak puasa je dah rasa..bila dah mula cr baju raya nnt br timbul kot mood syawal..

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak pun suka sedondon sebab rasa macam meriah dia lain..

lia berkata...

kami pon sedondon biasanyer ;)

lia da start poser masa 5tahun... mungkin akan ajak Amsyar puasa sekali tahun ni

Falsya berkata...

xsabar nak rase beraya bertiga mcm masya...hehe..

sekejap je masa berlalu kan..kite harap sgt dpt pose penuh bln nie..n raya xleh nak bergaya sakan sbbbbbbb perut dh membesauuuuu..hehehe..

nazayiena berkata...

wah dah cerita pasal raya ibu amir nie,kak Nurul dan family pun thn nie x tahu lg tema warna apa.....

Nora Karim berkata...

cepatnya up story raya... hihihi... akak pun tak tahu lagi tahun ni tema warna apa... hm...

Unknown berkata...

baca n3 nih tetiba mood raya datang.. hehehe

Unknown berkata...

wahhh kenangan di hari raya... tahun ni tema apa pulak ye..???

Tie HT berkata...

anggun pakai sedondon ni, comelnya mak amir..hihi :)

Liyana Anuar berkata...

seronok tengok..sy insya'Allah tahun depan beraya dengan suami..hehe..xtaulah nak sedondon ke tak~

Puan Kutu berkata...

merasa jugak sedondon ye..sy ttip taun calourful..klu sedondon pun dengan aiman je..abahnya jarang beli baju raya.tun ni dh siap belikan afia baju kurung raya..utk aiman akan cari warna yg sama.ibu tak tau lg.ssh sikit nak carik baju yg sng menyusu la..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...