♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 7 Mac 2012

Home » , » Harap² Masalah Air Tak Berlarutan

Harap² Masalah Air Tak Berlarutan

Assalamualaikum Semua....

  • Satu juta penduduk hadapi gangguan air 14 Mac ini
  • Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

    Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

    "Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

    azlan Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
    Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru. Klik kat sini nak tahu kawansan lain yang terlibat huhuhuhu... harap sesangat tak berlarutan cukuplah 14 Mac.

    Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

    Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
    Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

10 ulasan:

puanstoberi berkata...

Lamanya gangguan.. takpe..Masya leh dtg umah akak kalo takde air nati. Sbb kawasan akak tak kena. Huhu :D

emarieys berkata...

kena prepare air dalam tong ni,

Puan Kutu berkata...

kena buat stok air byk2 nie.mg ssh klu hidup takde air..

moralnya jangan membazir air time ada air..hehe

Masya berkata...

kekda: wahhh.. rumah akak tak kene yer... oklah tu..

ema:mmg pun.. tong besar kat belakang tu.. mmg kene isi airlah jawabnya ni... nasib mak dah bekalkan hihihihihi

kak muni: btl tu hihihihi...

eita berkata...

susah sangat2 kalau takde air.....
semua tergendala...

AdaM Hawa berkata...

hah! kawasan umah saya kene.. bahaya ni.. kene simpan stok air..

Salina@IbuAqil berkata...

Kena simpan stok air bnyk2 ni..
Moga x berlarutan yer.. ;)

Fiza Rahman berkata...

Alhamdulillah...kawasan umah saya tak kena ☺☺

Masya berkata...

eita: betul tu huhuhuhu...

kak nani: kene jugak kan.. simpan tau...

salina: harap² mcm tu lah.. klu berlarutan.. alamatnya baju bertimbun²lah... x boleh basuh..

fiza: bgslah rumah awak x kena..

IntaNBerliaN berkata...

sungguh susah kalu xda air kan.. yana kne isi air byk2 dlm tong la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...