♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 3 Mac 2012

Home » » Kelebihan Ubat Batuk E-PLUS

Kelebihan Ubat Batuk E-PLUS

Assalamualaikum Semua....

Lama tak kongsi pasal kesihatan, oleh kerana ramai yang bertanya mengenai kisah ubat batuk anak saya hari tu.. saya cerita sikit yer apa yang saya tahu masa nak beli ubat tu dan yang tertulis pada label dia.

Secara peribadinya.. saya memang tak berapa gemar nak bagi amir sembarangan ubat... 
Alhamdulillah amir pun jarang kene batuk, tapi bile dah kene batuk memang susah dan lambat nak baik tau huhuhuhu.... lagi² kalau dia takmoo pantang makan. Kalau nak banding demam dengan batuk.. amir lebih senang kene demam... kalau penat ataupun main kat kawasan panas memang dia akan mudah demam dari kecik lagi...

 Indikasi Ubat: Digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk², mengurangkan kahak, melegakan sakit tekak, suara serak akibat daripada sakit tekak, tanda² selsema dan melegakan kepanasan badan.
 
Blogger LYAfrina berkata...
brand ape yer ubat ni?? kat farmasi ke?? kalo ubt batuk skali pakej dgn demam n selsema ..senngla nk bgkan.. bg anak2 y ssh nk mkn ubat.. xperlu sumbat byk2 kali
29 Februari 2012 7:55 PG
Jawapan saya : Jenama E-PLUS macam yang tertera dalam gambar tu...
saya pun pertama kali cuba alhamdulillah amir minum ok.. kat label memang ade tertera untuk melegakan kahak, tanda² selsema dan melegakan kepanasan badan.... lagipun untuk budak² digalakkan campur dengan air suam (kata penjual kat farmasi tu...) dan mengikut sukatan yang dibenarkan.. macam amir 5ml air saya bagi dalam setengah cawan... (^__^)v ok kot... 

 
Blogger Yana Libra berkata...
ooo..baby tak leh makan ye? Bistu camne?
29 Februari 2012 9:33 PG
Jawapan saya: Baby memang tak digalakkan minum.. lagipun lebih baik berjumpa doktor pakar, lagipun baby biasernya memang doktor takkan bagi ubat.. melainkan banyak kahak.. doktor akan bagi ubat titis untuk mencairkan kahak....




Blogger qaseh johanna berkata...
ooo ubat batuk ni ye bagi..org tua boleh guna tak..? ubat batuk cap ibu n anak tu cam dh xbkesan la pd sy..dh imun kot..!hihi
 
Jawapan Saya: Orang tua hihihihi.... takdelah tua sangatkan kalau jojanna ni... bagi orang dewasa boleh diminum jugaklah... sebab dekat label memang ade nyatakan untuk dewasa dan kanak² mengikut sukatan yang sesuai...
Orang Dewasa 2 sudu 3 kali sehari
Kanak² 6-12 Tahun 1-2 sudu teh (5ml-10ml)
Kanak² 1-6 Tahun 1 sudu teh (5ml)
(Minum dengan sedikit air suam)
 
Terima kasih pada yang sudi bertanya.. saya mintak maaf sebab lambat menjawab pertanyaan kawan², dan saya hanya menjawab sekadar yang mampu.. terlebih dahulu saya jugak memohon maaf sekiranya ade yang mencuba ubat ini tidak serasi badan kawan² semua.. sebab biaserlah ubat bergantung pada tahap aktifnya antibody diri sendiri... sebarang masalah adalah lebih baik merujuk doktor kan.. kan.. (^__^)v
 
 

9 ulasan:

saffiya_aleesya @ echa berkata...

chewaahh akak bagi penerangan dah mengalahkan ahli farmasi jer ni hahaha..ala melawak je kak!! saya pun demam ni kak tp tak kuat sgt selsema je yang lebihnya!!!

Tie HT berkata...

mujarab ea ubat batuk ni..leh arr try nt :)

eita berkata...

kalau orang tua leh jugak minum ...boleh lah try...
biasa guna woods...
sampai serak suara...tapi batuk tak hilang jugak..

sal ya berkata...

tak jumpa pulak kat farmasi ubat batuk ni. biasa bagi Hurix je.

Masya berkata...

echa:hahahah.. skema jer kan menjawab.. mengalahkan doktorr...

tihara : alhamdulillah amir minum ok.. sy.. x pernah minum lg hihihihi

eita: cubalah.. amir pun dulu pernah minum woods budak² warna merah.. habis sebotol pun x baik² batukk tu yg cuba lain...

anisalya: sy pun dulu pernah bg hurix gamat madu kat amir klu batuk.. ok jugak.. cuma kebetulan dia demam dgn selsema minggu lps tuan farmasi tu yg cdgkan ubat ni huhuhuhu.. tu sy cuba...

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah Aiman jarang sakit sejak kecil..tp sy mmg jarang beli ubat2an nie.selalu bg Aiman makan ubat doktor je

IntaNBerliaN berkata...

Setakat ni alhamdulilah kami 3 beranak jarang batuk.. :-)

fieda berkata...

wah..dah mcm ahli farmasi awak ye..hehehe..

eija_sweetmama berkata...

yup ubat ni ikut antibodi seseorang tu jugak kan, ada yg rasi ada yg x rasi..
eija pun x tau eija rasi ngan ubat batuk ape, tp rasanya ubat batuk cap ibu & anak kot sbb masa kecik2 dulu itu la ubat batuk yg family kami guna, tp bila ada anak sndiri ni xde pulak eija beli ubat batuk utk simpanan maybe sbb kami mmg jarang sgt demam/batuk..ALhamdullillah. kalau sakit pun mmg terus g klinik, bergantung pada ubat klinik jerk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...